Menanam Lavender

Kerana seseorang aku menjadi minat berkebun... hihihihi jadi tak salah kita minat benda baru ia mengajar kita jadi seorang lagi bersabar dan berusaha... anyway one of my colleague ada bagi lavender seed to me and ask me to give a try.. jadi before i'm trying i need to understand how to plant it... dari membazir baca sorang-sorang why not sharing... below article that i take from about dot com... bagaimana hendak menanam lavender dialih bahasa for easy you a Malaysian Citizen to read...


Lavender (Lavandula) merupakan satu tumbuhan yang romantik tapi agak susah untuk dijaga. Dari fakta yang tidak diketauhi pokok ini berasal Mediterranean dan ia sesuai ditanam dikawasan yang kering, bercahaya dan tempat yang berbatu.





Keperluan Pernanaman
Seperti menanam pokok yang lain, kejayaan kita dalam menanam pokok adalah bergantung kepada keadaan dimana kita hendak menanamnya dan varieties yang kita pilih untuk ditanam. Lavender adalah sejenis pokok yang boleh hidup dikebanyakan keadaan cuaca, tetapi ia hendaklah dijaga didalam keadaan yang cuaca yang tidak begitu panas, tanah yang menampung air dan cahaya matahari yang cukup. Seperti kebanyakan pokok pertumbuhan banyak bergantung kepada keadaan tanah, tanah yang sesuai akan mengalakan tumbuh besar sesuatu tumbuhan. Tanah yang berakali dan berkapur akan meningkatkan lagi minyak dan kewangian pokok lavender.


Lavender merupakan pokok yang mempunyai ketahanan yang kuat walaupun di musim kemarau apabila ia sudah cukup matang. Walau bagaimanapun, pada permulaan kita hendaklah menjaga ia dengan betul, jangan takut menanamkan bersama sedikit kompos dan menyiram dengan air yang cukup semasa musim tumbuh besar pertama.

Keadaan Yang Perlu Diambil Kira
Jika didalam keadaan cuaca yang sangat lembab. Kita hendaklah meletakan pokok pada ruang/jarak yang lebih luas supaya dapat memberi ruang kepada udara melalui pokok tersebut. Kita tidak boleh membiarkan akar pokok lavender terlalu basah.

Mencantas
Walaupun cara mudah untuk mencantas lavender boleh dilakukan dengan memetik bunganya, tetapi untuk memastikan ia didalam keadaan yang terurus dan bagi mengalakan tumbuh besar yang baru, mencantas batang adalah cara yang terbaik. Cara mencantas yang terbaik adalah mencantas 1/3 daripada ketinggian pokok tersebut. Cantasan tersebut juga boleh digunakan semula bagi mendapatkan anak pokok yang baru.

Kalang Pokok
Anda boleh menanam pokok lavender didalam pasu bagi memudahkan penjagaanya. Perlu di ingat walaupun lavender mempunyai sistem akar yang besar, ia amat sesuai ditanam ditempat yang sempit. Pasu yang boleh memuatkan beberapa inci tumbuh besar akar sudah mencukupi. Pasu yang terlalu besar boleh meningkatkan kelembabpan pokok tersebut dan ia tidak sesuai.

Pastikan pasu tersebut mempunyai pengaliran air yang baik. Untuk memastikan air tidak bertakung didalam pasu anda perlu masukkan satu inci batu krikil didalam pasu. Ingat bahawa lavender memerlukan air yang cukup daripada pokok yang lain. Berapa banyak ia bergantung kepada pasu yang anda gunakan.

Peringatan: Lavender memerlukan lebih kurang 6 bulan untuk tumbuh besar yang sempurna.. well guys be patience...

0 comments:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.