- Hati Yang Bersih/Sihat
Kalau seseorang mempunyai hati yang sebegini maksudnya dia seorang yang sangat mengingati akhirat, orang bergini pasti mempunyai kebahagian akhirat yang sempurna. Cara-cara untuk mendapat hati yang besih amatlah mudah. Salah satu mempunyai kekuatan iman yang teguh. Jadi untuk mendapat keimanan yang teguh caranya ialah mengikut ajaran al-quran dan hadis.. senangkan.. tapi kenelah clearkan hati itu.
"Orang-orang yang beriman itu hati mereka menjadi tenteram kerana mengingat Tuhan. Ingatlah, bahwa dengan mengingat Tuhan itu, hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik, mereka memperoleh untung baik dan tempat kembali yang utama." (Ar-Ra'ad: 28-29)
- Hati Yang Sakit
Kalau didefinasikan sakit tu kita tahu bahawa seseorang itu tak bermaya, maksudnya boleh melakukan dan tidak boleh melakukan. Orang yang sebegini adakala melakukan kebaikan dan adakala melakukan keburukan/kejahatan. Selalunya kebaikan yang beliau lakukan dikaburi oleh iblis. Boleh jugak diungkap sebagai kebodohan dalam kebaikan.
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu (ugama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat - insaf." (al-An'aam: 125-126)
- Hati Yang Mati
Hati yang mati bermaksud seseorang tidak langsung boleh menerima tuhan. Pintu hatinya terbuka untuk iblis dan syaitan. Seseorang yang menjadikan hawa nafsu sebagai iman dalam hidupnya.
"Nampakkah keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi. (Al-Furqan: 43-44)
MARAH ITU BARA API YANG DILETAKAN DIDALAM HATI MANUSIA OLEH SYAITAN
P/S: semua ni i ambik dari hadis yang i baca masa kat poli dulu lama dah sampai tak ingat hadis tu apa nama but the thing is what we read yang baik hendaklah kita ingat.. yang qoute tu i ambik dari internet….
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.